Tuesday, 16 July 2013

Posa posa !!




Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."





Alhamdulillah harini masuk seminggu kita berpuasa. Dah ada yang ponteng ke? Jangan gitu… Puasa sunat dah lah payah, kalau puasa wajib pun payah jugak, tak tau nak kata apa lah. Tapi kan, kalau puasa wajib pon payah, solat fardhu macam mana ek? Muhasabah diri. Kalau yang wajib susah sekali nak dilaksanakan, Islam kah kita? Tepuk dada, tanya iman. Bukan tepuk perut tanda lapar. Lulz!
Dalam bulan yang penuh berkat ni, ambillah kesempatan dengan mengerjakan ibadah sebanyak mungkin sedaya yang mampu. Nak ikut sunnah Nabi SAW mungkin kita tidak berdaya sebab masing2 ada tanggungjawab dan bebanan kerja. Tapi bila ada masa terluang, beribadahlah semampu yang boleh.



Jika dulu payah nak baca Al-Quran, apa kata kali ni kita banyakkkan bacaan Al-Quran. Target khatam penuh dalam bulan ramadan ni
Jika dulu payah nak solat tahajud, apa kata kali ni before or after sahur sama2 kita hamparkan sejadah, perform solat tahajud
Jika dulu jarang berzikir, apa kata kali ni selepas solat fardhu sama2 kita basahkan lidah dengan zikrullah
Jika dulu berat tangan nak menderma, apa kata kali ni ringankan tangan, ukirkan senyuman, dermalah semampu yang boleh

Nak beribadah tu bukan payah, cuma nak atau tidak sahaja. Malas atau rajin. Islam itu sendiri bukan payah, malah Islam itu telah dipermudahkan buat umatnya. Semoga ibadah kita pada bulan ramadan ini diterima olehNya dan semoga apa yang kita lakukan ini bukanlah untuk tatapan masyarakat sekeliling (riak) sebaliknya sebagai bekal jaminan kita untuk kehidupan selepas ini. InsyaAllah…


Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 

No comments:

Post a Comment