Tuesday, 23 July 2013

Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.


Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.

Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading.

Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.

Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan inn, pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek keselamatan negara dan dunia.

Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya.

Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan is digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.

Tuesday, 16 July 2013

Posa posa !!




Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."





Alhamdulillah harini masuk seminggu kita berpuasa. Dah ada yang ponteng ke? Jangan gitu… Puasa sunat dah lah payah, kalau puasa wajib pun payah jugak, tak tau nak kata apa lah. Tapi kan, kalau puasa wajib pon payah, solat fardhu macam mana ek? Muhasabah diri. Kalau yang wajib susah sekali nak dilaksanakan, Islam kah kita? Tepuk dada, tanya iman. Bukan tepuk perut tanda lapar. Lulz!
Dalam bulan yang penuh berkat ni, ambillah kesempatan dengan mengerjakan ibadah sebanyak mungkin sedaya yang mampu. Nak ikut sunnah Nabi SAW mungkin kita tidak berdaya sebab masing2 ada tanggungjawab dan bebanan kerja. Tapi bila ada masa terluang, beribadahlah semampu yang boleh.



Jika dulu payah nak baca Al-Quran, apa kata kali ni kita banyakkkan bacaan Al-Quran. Target khatam penuh dalam bulan ramadan ni
Jika dulu payah nak solat tahajud, apa kata kali ni before or after sahur sama2 kita hamparkan sejadah, perform solat tahajud
Jika dulu jarang berzikir, apa kata kali ni selepas solat fardhu sama2 kita basahkan lidah dengan zikrullah
Jika dulu berat tangan nak menderma, apa kata kali ni ringankan tangan, ukirkan senyuman, dermalah semampu yang boleh

Nak beribadah tu bukan payah, cuma nak atau tidak sahaja. Malas atau rajin. Islam itu sendiri bukan payah, malah Islam itu telah dipermudahkan buat umatnya. Semoga ibadah kita pada bulan ramadan ini diterima olehNya dan semoga apa yang kita lakukan ini bukanlah untuk tatapan masyarakat sekeliling (riak) sebaliknya sebagai bekal jaminan kita untuk kehidupan selepas ini. InsyaAllah…


Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 

Tuesday, 2 July 2013

Selamat Pengantin Baru



hari ni masih ada kenduri kahwin, ye lah cuti sekolah. dalam nak meraikan pengantin baru, kita semestinya membawa hadiah untuk mereka. 

tapi dalam pengalaman aku dan hampir semua pengantin, rata2 bawa set cawan,pinggan mangkuk, album, barang letrik. cubalah kali ni kita kurangkan beban pengantin degan beri hadiah yang bermanafaat seperti diatas. peace :)

New blog, err stress



harini kami buat blog baruu, wehee, tu ja nak habaq kat hampa. tension. byee >.<